Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Alhamdulillah :)
Setahun struggle habis habisan tahun lepas telah membuahkan hasil. Hari ini, kami diberi anugerah pencapaian akademi dan kokorikulum dan saya yang daif ini telah mendapat 2 anugerah. Pencapaian cemerlang PMR dan terbaik Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun, saya dan beberapa kawan yang lain telah melakukan sedikit kesalahan semasa majlis berlangsung. Kami hanya manusia normal yang melakukan kesalahan, oleh itu, kami memohon ampun (cee). Entry ini ditulis oleh saya untuk ingatan diri sendiri dan mungkin para pembaca yang lain. Manusia sesungguhnya mempunyai sikap lupa dan leka atas nikmat yang diberi. Kadang-kala kita hanya perlu mengambil masa sejenak.. mungkin 2 jenak? untuk melihat keadaan sekeliling dan bersyukur atas nikmat yang kita peroleh.
As Salam
Peace \(^_^)v
Nah bunga <@
No comments:
Post a Comment